Malaysiakini~Malaysiaparty~No Racial Policy
translated commentary SANGLANG, Perlis - 10 October 2008
Dato' Seri Ir Mohammad Nizar, the ChiefMinister of Perak state government, stress that any government formed in racial policy will not sustain for long period.
Dato' Seri Nizar urge other states which ruled by Pakatan Rakyat (Kedah, Penang, Selangor and Kelantan ?) not to practise any policy which deem to be racial-bias (oppose racial "discrimination" ?).
Government which is ruled in the basis of fairness disregard to race, creed or colour will only sustain for long period in this day trend.
Kerajaan perkauman tidak akan kekal lama - Nizar
Bashir Ishak Fri Oct 10, 08 8:22:08 am MYT
SANGLANG, 10 Okt (Hrkh) - Sesebuah kerajaan yang dibina dengan dasar perkauman tidak akan kekal lama, demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
Katanya, selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dibentuk di Perak dan dapat bertahan sehingga hari ini kerana tidak mengamalkan dasar perkauman.
"Kalau kita ketengahkan dasar perkauman, tak mungkin kerajaan ini dapat bertahan lama.
Kita ketepikan unsur tersebut. Kita boleh ketengahkan asas prinsip keadilan sejagat.
Sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan tidak berdasarkan kepentingan sesuatu kaum atau parti," katanya ketika menyampaikan ceramah di Markas MTD Sanglang, Kampung Rama dekat sini malam tadi.
Menurutnya lagi, dasar perkauman yang ditanamkan dalam jiwa orang Melayu oleh Umno sejak 51 tahun yang lalu kini sudah ditolak rakyat khususnya di negeri Perak.
"Apabila politik menggunakan perkauman, ianya takkan bertahan lama. Sebab itu saya menyarankan semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat jangan ada yang bersifat perkauman. Jangan ada semangat perkauman dalam diri kita. "
"Apa yang diajar oleh Umno dengan meniupkan semangat perkauman dalam jiwa orang Melayu tidak berjaya kerana unsur tersebut tidak boleh menyatu-padukan masyarakat," ujarnya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini semakin kukuh walapun ada pelbagai usaha untuk mejatuhkannya.
"Dulu mereka kata kita hanya mampu bertahan sebulan, kemudian kata dua bulan, kemudian kata 31 Ogos. Mereka cuba gunakan petisyen pilihan raya, tuduhan rasuah tapi tak berjaya. Malahan kita semakin kukuh.
"Buktinya, walaupun Menteri Besar daripada PAS dan majoriti Exco dan Adun dari kalangan bukan Islam tapi mereka dapat menerima baik semua polisi kerajaan berkaitan Islam. "
"Apa-apa yang diputuskan tidak pernah dibangkang oleh Exco DAP atau KeADILan, malahan mereka menyokongnya,"jelasnya lagi.
Program ceramah tersebut diadakan sempena kemenangan PAS di Dun Sanglang diisytiharkan sah oleh mahkamah persekutusan baru-baru ini.
Turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang, Ustaz Hashim Jasin dan Ecxo Kerajaan Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh.
(Translated by JP - the 3rd PARTY origin picked from http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17281&Itemid=1)
No Racial Policy~Malaysiaparty~Malaysiakini
Police Must Take Action On The Slap Offer
-
I refer to the incident yesterday where a group of NGO offered RM1200 to
any person who would slap DAP’s MP YB Teresa Kok and record it in a video.
This is...
10 years ago
No comments:
Post a Comment