**冬至团圆** *HAPPY REUNION DAY*

**冬至团圆**  *HAPPY REUNION DAY*
*HAPPY REUNION DAY*
Malaysia party
Party Gerakan Rakyat Malaysia :
* sub party of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ PGRM } :

Malaysia party
Malaysian Indian Congress :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MIC } :

MIC TWITTER

Malaysia party
Malaysian Chinese Association :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MCA } :

MCA Twitter

Malaysia party
United Malays National Organisation :
* Dominant party and founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ UMNO } :

UMNO Twitter

[myPARTY] right news:

{ pro-BN Bloggers }:

[ the 3rd PARTY ]

the 3RD PARTY TWITTER

Sunday, April 19, 2009

An aging Opposition Leader given MISCHIEVOUS comment onto Elizabeth Wong issue, again *

19th April Malaysiaparty 's pick of to-day
(picked from YB Lau Weng San 's blog)
at http://wengsan.blogspot.com/2009/04/kenyataan-khir-toyo-bersifat-nakal.html

Kenyataan Khir Toyo bersifat nakal

Kenyataan Khir Toyo bahawa beliau berterima kasih kepada keputusan Kerajaan Selangor untuk mengekalkan jawatan YB Elizabeth Wong sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan serta berjanji akan mengeksploitasi isu tersebut merupakan satu kenyataan yang berniat jahat dan nakal (mischievous)

Daripada mengeksploitasi isu-isu yang tiada kaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan tugas awam, Khir Toyo harus memberi lebih perhatian peranannya sebagai Ketua Pembangkang demi mengimbangi dan memantau perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

Buat sementara waktu, prestasi Khir Toyo sendiri sebagai Ketua Pembangkang adalah amat mengecewakan. Bahkan kehadiran beliau dalam persidangan DUN Selangor amat mengecewakan.

Khir Toyo mungkin juga tidak mengetahui bahawa ADUN BN untuk Taman Templer, YB Datuk Subahan Kamal juga pernah membangkitkan perkara ini dalam sidang DUN dan beliau mempunyai pendapat yang amat berbeza dengan Khir Toyo.

Kalau dalam BN sendiri pun mempunyai pendapat yang berbeza, apa gunanya Khir Toyo mewar-warkan bahawa beliau akan mengeksploitasi isu ini? Bukankah lebih baik untuk beliau menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap kerja-kerja pemantauan pentadbiran kerajaan Selangor?

posted by Lau Weng San @ 4/17/2009 12:13:00 AM at his own blog
Friday, April 17, 2009

Should Anwar Take this motion to crown himself Chief Minister ?

19th April Malaysiaparty 's pick of to-day
(picked from Dr Mohd Khir Toyo's blog)
at http://www.drkhir.com/2009/04/apa-kata-anwar-bertanding-di-dun.html

Apa Kata Anwar Bertanding di DUN Penanti?

1. Dalam pada kita menanti bilakah Anwar akan mengumumkan kabinet bayangannya yang gagal direalisasikan pada 16 September tahun lalu, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan.

2. Kali ini di DUN Penanti. Bukan wakil rakyat meninggal dunia. Bukan wakil rakyat di penjara. Bukan juga mahkamah mengisytiharkan pilihan raya kawasan tersebut tidak sah. Kita terpaksa berpilihan raya kecil lagi kerana ada parti yang sibuk berpolitik sepanjang tahun.

3. Seingat saya tidak pernah berlaku begitu banyak pilihan raya kecil dalam tempoh setahun selepas pilihan raya kecuali selepas pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Pilihan raya kecil yang terlalu banyak ini merupakan gangguan kepada kerja-kerja pentadbiran, pemulihan ekonomi dan pembangunan yang perlu dilakukan oleh kerajaan.

4. Jika dahulu mungkin Barisan Nasional sahaja yang berhadapan dengan dilema ini. Sekarang parti seperti Pas, PKR dan DAP juga akan berhadapan dengan dilema yang sama kecualilah mereka tidak mengambil kisah soal-soal kemajuan negeri.

5. Apakah persamaan di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti? Hanya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mencatur politik dalaman parti beliau, kita semua terpaksa berhadapan dengan satu lagi pilihan raya kecil. Masa dan tenaga yang boleh dicurahkan untuk kerja-kerja lain terpaksa ditumpukan kepada pilihan raya kecil ini.

6. Kemungkinan besar majoriti pengundi di DUN Penanti akan terus mengundi PKR kali ini kerana ketaksuban dan sentimen mereka kepada Anwar Ibrahim yang telah banyak menabur jasa di Permatang Pauh atas tiket Barisan Nasional suatu ketika dahulu. Saya juga yakin Anwar akan menguar-uarkan bahawa jika calonnya menang di Penanti nanti, maka orang itu akan dimahkotakan sebagai Timbalan Ketua Menteri baru menggantikan tempat Fairus.

7. Sekadar lontaran idea, oleh kerana Anwar sekarang sudah gagal menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat ini, apa kata beliau sendiri bertanding di DUN Penanti dan kemudiannya menjadi Ketua Menteri baru Pulau Pinang.

8. Mungkin ketika itu kita dapat mengukur kemampuan sebenar Anwar untuk mentadbir negara. Apa salahnya Guan Eng memberi laluan kepada pencetus kekuatan Pakatan Rakyat ini memimpin Pulau Pinang?
at his own blog.