**冬至团圆** *HAPPY REUNION DAY*

**冬至团圆**  *HAPPY REUNION DAY*
*HAPPY REUNION DAY*
Malaysia party
Party Gerakan Rakyat Malaysia :
* sub party of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ PGRM } :

Malaysia party
Malaysian Indian Congress :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MIC } :

MIC TWITTER

Malaysia party
Malaysian Chinese Association :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MCA } :

MCA Twitter

Malaysia party
United Malays National Organisation :
* Dominant party and founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ UMNO } :

UMNO Twitter

[myPARTY] right news:

{ pro-BN Bloggers }:

[ the 3rd PARTY ]

the 3RD PARTY TWITTER

Sunday, December 7, 2008

[PKR] Perahu yang bakal kecundang ke Serawak

7hb Dicember Malaysiaparty 's [NOW] News of Week
(picked from KERAJAAN RAKYAT 's blog) : http://kerajaanrakyat.com/?p=3235

KeADILan Ke Sarawak. Nak Membantu atau Menipu?
Posted by: Kerajaan rakyat 03 Dec

Dari Kutub Utara hingga ke Selatan. Dari Timur ke Barat. Pemimpin dunia mengakui Anwar Ibrahim seorang anak muda yang berkarisma dan berpotensi untuk memanjat mercu kejayaan. Ini adalah sejarah perjuangan tokoh pemimpin pelajar era 70an. Anwar Ibrahim sebagai pemimpin pelajar dan pengasas ABIM. Ia tinggal dalam lipatan sejarah.
Malaysiakini paparkan ini ==>
Tigapuluh tahun lebih sudah berlalu. Dari seorang pemimpin pelajar ke pemimpin pertubuhan belia Islam, kemudian menjadi pemimpin negara di bawah naungan parti perkauman UMNO. Tekad Anwar untuk mengubah kecelaruan UMNO dari dalam. Berlandaskan tekad itu, beliau menyertainya. Malangnya, UMNO gagal diubah, malahan Anwar sendiri dilihat sedikit terhanyut dalam arus ketempangan UMNO. Itu juga telah kita tinggalkan dalam lipatan sejarah.

Dari mercu kekuasaan negara, beliau menjadi penghuni penjara yang paling berpengaruh. Setiap pergerakan dan bicaranya dari dalam penjara tidak sedikitpun terkecuali daripada mendapat liputan meluas disetiap pelusuk dunia.
Anwar terbelenggu dalam penjara. Rakyat ber‘Reformasi’ di luar penjara. “Reformasi” adalah kata hikmat, kata keramat yang dihadiahkan oleh Anwar Ibrahim untuk rakyat sebelum beliau menjadi tetamu penjara.

Maka bertempik, bersorak, berarak dan berteriaklah rakyat dengan laungan Reformasi. Di dataran, di jalanan, di pinggiran, di desa, pekan, bandar dan kota rakyat miskin, susah dan terpinggir berteriak RERORMASI…..

Sepanjang era Anwar terpenjara, rakyat yang miskin dan susah yang menjadi pemangkin semangatnya untuk terus berjuang. Enam tahun terpisah dari dunia luar yang bebas, akhirnya beliau dibebaskan. Ini juga telah terkelepit dalam kelambu sejarah.

Beliau memanjat semula tangga kekuasaan. Melalui siapa dan dengan bantuan siapa?.
Rakan-rakannya yang kaya, mewah dan bergaya semasa dalam UMNO dulu?. Atau dengan sokongan, desakan dan dokongan rakyat terbanyak?. Atau apakah Sultan dan raja-raja Melayu mengambiltahu tentang kezaliman UMNO terhadap Anwar sehingga beliau begitu gah mempertahankan kekebalan raja-raja?.
malaysiakini paparkan ini ==>
Rakyat tertipu dan ditipu oleh UMNO / BN kerana ucapan penuh retorik dan kepura-puraan pemimpin mereka. Itu UMNO, mereka memang penipu. Sekarang KeADILan, parti pimpinan Anwar Ibrahim sudah mulai
dibajai dan diresapi dengan unsur-unsur kurafat dan karut yang diwarisi daripada UMNO dulu.

Saudara Anwar Ibrahim yang saya kasihi,
Zahid Hamidi menjauhkan diri, rakyat masih tidak peduli.
Roslan Kassim kecewa, rakyat masih menghormati saudara.
Chandra Muzafar meminggir, rakyat masih gagahi saudara.
Ezam Mohd Nor meninggal, rakyat tetap mengangkat saudara.

Dengan izin ALLAH, lantaran sokongan, bantuan dan simpati rakyat, saudara menapak lagi kehadapan. Saudara bebas lantaran asahkan rakyat terhadap pemerintahan UMNO yang zalim. Saudara diangkat semula menjadi wakil rakyat lantaran sokongan dan semangat juang rakyat yang bersimpati kepada saudara. Saudara menang dan saudara dijulang. Sekarang rakyat mula menghilang. Kaum kerabat dan pertualang mulalah datang mendekati dan menghampiri saudara. Saudara sibuk dengan kerja dan mengejar kuasa tetapi janganlah mudah lalai dan terlupa.

1998 - BerREFORMASI kerana rakyat simpati, KeADILan menang dan tegak berdiri.

2004 - Janji banyak yang dimungkiri, wakil rakyat dan pimpinan KeADILan lalai, maka rakyat tidak memberi undi. KeADILan tewas kecundang cuma satu yang menang.
malaysiakini paparkan ini ==>
2008 - Janji dan harapan baru dihampari. Rakyat kecewa kepada UMNO kerana Abdullah Badawi lembab, layu dan menipu. Rakyat,
bloggers, peniaga kecil dan besar memautkan harapan sekali lagi. KeADILan, PAS dan DAP menang cemerlang, Pakatan Rakyat terjulang.
Setelah menang, rakyat dikecundangkan lagi. Selain wakil rakyat PAS dan DAP, wakil KeADILan jelas leka dan lalai. Ramai yang kemaruk kuasa dan laparkan harta. Rakyat dipinggirkan. Kawasan gagal dikunjungi. Bila berREFORMASI bersama rakyat. Bila meraikan kejayaan, rakyat diasingkan. Pemimpin bergaya mewah, senyuman menjadi mahal.


Saudaraku Anwar Ibrahim, berREFORMASI rakyat miskin dan susah yang berpeluh dan ada yang berdarah dibelasah. Khalid Ibrahim,
Yaakob Sapari, Xavier Jayakumar, Nik Nazmi dan beberapa yang lain dimanakah mereka semasa itu? Oh ya!!, Saiful Bukhari juga masih bersekolah rendah mungkin ketika itu. Mereka tidak kenal erti REFORMASI tetapi merekalah yang sekarang ini begitu hebat mengeluarkan air liur basi dan dan air mani.

2012 atau selewatnya 2013 PRU ke 13 bakal membuka tabir. Saya tidak terkejut sejarah 2004 akan berulang kembali. Mudah mudahan tidak….

Saudaraku Anwar Ibrahim, hentikanlah segala lakonan dan
kata-kata retorik yang tidak menguntungkan kita. Rakyat memang perlukan kata-kata semangat kerana ia bakal membangkitkan daya juang yang hebat. Tetapi malangnya, terlalu ramai wakil rakyat dan pemimpin keADILan sekarang yang hanya hebat bicaranya tetapi hancur lebur tanggungjawab dan prestasi kerjanya.

Tolong tanyakan kepada ADUN, EXCO dan MP keADILan yang sudah sembilan bulan bergelar YB, berapa kalikah mereka turun melawat dan bertanya kabar para pengundi di kawasan mereka?
Saya melihat dengan jelas bagaimana tindak tanduk wakil-wakil rakyat dan pimpinan keADILan yang bakal menjadi antara punca kebencian rakyat terbanyak terhadap parti keADILan. Sejak berakhirnya PRU-12, tiga program besar di Selangor ini dimana rakyat dan pimpinan parti diasingkan secara jelas dan memuakkan pandangan.

Pesanan ikhlas kepada wakil-wakil rakyat KeADILan, jangan ikut cakap AnwarIbrahim untuk berkempen ke Sarawak jika janji dan tanggungjawab kalian di kawasan sendiri masih GAGAL kalian tunaikan.


Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.

Berceramah menggegar langit, pentasnya reput kalian tak perasan.

Akhirnya hujan tak turun, pentas yang roboh ke bumi.


(part of the above picked from http://kerajaanrakyat.com/?p=3235)

6 comments:

Anonymous said...

anwar ibrahim adalah seorang pengkhianat bangsa yang sanggup ketepikan ketuanan melayu yang diperjuangkan oleh datuk nenek dan tegakkan ketuanan rakyat yang diperjuangkan oleh DAP selama ini. jangan pedulikan dia, jangan kisah kan dia dan keluarga dia lagi. dia pasti akan dapat balasan yang setimpal dari tuhan yang maha esa. hancur anwar!!! hancur anwar!!! hancur anwar!!!

Malaysia party said...

[JANGAN SALAH ANGGAP]
Kepada ??[Anonymous-5:15pm]?? di atas,

Sila letakkan nama apabila buat komen.
(Orang lain atau Anwarism utamanya akan ingatkan kami-[Malaysia party] sendiri yang tuliskan komen di atas)

Salam,
Admin

Anonymous said...

Siapa kata perjuangan untuk ketuanan melayu akan diterima Alah? Islam adalah perjuangan untuk semua insan tak kira apa keturunannya. Kita semua berasal dari Nabi Adam a.s. Janganlah samakan Islam dan Melayu, kamu hanya menonjolkan kedangakalan fakta.

Malaysia party said...

Kepada semua pembaca mulia yang hendak menonjolkan "senjata" di blog ini,

~ Sila tonjolkan juga nama (itisan) kamu juga apabila membuat komen ~

Terima kasih,
Salam,
Admin

Anonymous said...

sekurang kurangnya anwar lebih peka terhadap rakyat walaupun belum memerintah. jika di bandingkan dengan kerajaan UMNO/BN yang hanya utamakan kepentingan diri sendiri dan kroninya. banyak contohnya, terutama kenaikan harga barangan keperluan yang naik mendadak yang mana ini membebankan rakyat yang berpendapatan rendah mahupun sederhana. kerajaan gagal menangani tentang kenaikan barangan keperluan dan seakan akan tunduk dengan pengeluar,pembekal dan peniaga. ada banyak lagi keburukan kerajaan/pemimpin sekarang yang mungkin anda anda boleh fikir sendiri.jangan kerana jadi pecacai, otak yang Tuhan berikan tidak digunakan kerana hanya habuan yang diperolihi.

tq
Dynamite

Anonymous said...

Raja Adil Raja Ku Sembah,
Raja Zalim Raja Ku Sanggah.

UMNO dan Ketuanan Melayu harus dihapuskan dari muka bumi Allah ini.

Melayu dan Ketuanan Melayu tiada kene mengene secara langsung dengan Islam.

Nabi pun bersabda cari ilmu sampai ke Negeri Cina. Takda pun sape-sape kate sampai ke MALAYA. Malaya dan Melayu tiada dalam mana-mana kitab Islam. Tapi Cina ada..

WHAT SO SPECIAL ABOUT KETUANAN MELAYU AND WHAT IS THE RELATION BETWEEN MELAYU AND ISLAM????

TAK ADA...

Yang kata ada samada barua UMNO atau yang telah diperbodohkan oleh UMNO.


JEBAT..