**冬至团圆** *HAPPY REUNION DAY*

**冬至团圆**  *HAPPY REUNION DAY*
*HAPPY REUNION DAY*
Malaysia party
Party Gerakan Rakyat Malaysia :
* sub party of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ PGRM } :

Malaysia party
Malaysian Indian Congress :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MIC } :

MIC TWITTER

Malaysia party
Malaysian Chinese Association :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MCA } :

MCA Twitter

Malaysia party
United Malays National Organisation :
* Dominant party and founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ UMNO } :

UMNO Twitter

[myPARTY] right news:

{ pro-BN Bloggers }:

[ the 3rd PARTY ]

the 3RD PARTY TWITTER

Monday, January 5, 2009

*XxxXx ke tu ? *Atau masih lagi bo-pik..bo-pik tak henti TAK SEDAR ?

5hb Januari [KM] Koleksi Mingguan Malaysiaparty
(Dipetik drp Malaysiakini-bahasa Malaysia) : http://malaysiakini.com/news/95657

SU Umno PJS: Ketua 'cawangan hantu' sertai PAS
Jimadie Shah Othman Dec 31, 08 7:08pm
Pemimpin Umno cawangan yang mengikut langkah bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim minggu lalu didakwa datang daripada "cawangan hantu".

Setiausaha bahagian itu Mohamad Yahya Sudin mendedahkan, cawangan-cawangan berkenaan hanya wujud menjelang mesyuarat agung tahunan Umno sahaja.

Susulan itu, tambahnya, Umno bahagian itu masih kuat dan berfungsi seperti biasa walaupun tanpa bekas ketuanya itu yang menyertai PAS pada 24 Disember lalu.

Menurutnya lagi, angka sebenar ketua-ketua cawangan Umno yang melompat parti dikenal pasti dalam mesyuarat khas malam tadi di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Dipengerusikan timbalan ketua bahagian itu Datuk Raja Hapipudin Raja Nong Chik, mesyuarat tersebut membincangkan usaha memantapkan Umno Petaling Jaya Selatan selepas menerima tamparan hebat akibat tindakan mengejut Zahar.

Bekas kapten bersara itu - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter – mendakwa 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian mengikut jejak langkahnya.

Tidak menolak jumlah ketua cawangan tersebut yang berbuat demikian, Yahya berkata sebahagiannya bukan cawangan yang sah atau "cawangan hantu."

Beliau bagaimanapun menjelaskan hanya tujuh daripada 39 AJK bahagian itu yang meninggalkan Umno, bukan 13 orang seperti yang didakwa.

"Itu pun ahli jawatankuasa yang dilantik, bukan dipilih," tambahnya.

Yahya berkata, daripada tujuh AJK itu pula, empat daripadanya merupakan “orang Zahar” yang menguruskan pejabat Umno bahagian dan dibayar gaji oleh bekas ketua itu.

Umno Petaling Jaya Selatan mempunyai 39 AJK – 20 dipilih, sepuluh dilantik dan sembilan lagi mewakili sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Bahagian itu juga mempunyai lebih 100 cawangan dengan jumlah keanggotaan lebih kurang 20,000 orang.

No comments: