**冬至团圆** *HAPPY REUNION DAY*

**冬至团圆**  *HAPPY REUNION DAY*
*HAPPY REUNION DAY*
Malaysia party
Party Gerakan Rakyat Malaysia :
* sub party of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ PGRM } :

Malaysia party
Malaysian Indian Congress :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MIC } :

MIC TWITTER

Malaysia party
Malaysian Chinese Association :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MCA } :

  • - *马华妇女组第**43届中央代表大会* *马华总秘书周美芬开幕讲词* *2018年12月1日,9时* *马华三春礼堂* 尊敬的马华妇女组主席拿督王赛之同志, 各位马华妇女组中委 各位姐妹, 大家早上好。 感谢妇女组的邀请,让我今天有机会在久违多年后,再度地站在马华妇女组常年代表大会的讲台上和大家讲话。...
    7 years ago
  • 2019年度史里肯邦安马华12个支会列常农历新年施赠贫老活动! - 史里肯邦安马华12个支会联办每年列常农历新年施赠贫老活动,以协助沙登社区内的弱势群体在新年来临之际,减轻生活压力,以欢渡佳节。 该项扶贫工作是由史里肯邦安马华支会主导下,参与是沙登埠,大学岭,史里肯邦安第二区及第三区,古腰,沙登岭第七区,帝沙沙登,斯里沙登,沙登再也组屋,太子界第二区及阿依淡等支会,在...
    7 years ago
  • PAS AND UMNO COOPERATION - Before the 505 General Election, I predicted that UMNO would supports Hudud Bill in Kelantan State Assembly. In a state where non-Muslim constitute less t...
    10 years ago

MCA Twitter

Malaysia party
United Malays National Organisation :
* Dominant party and founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ UMNO } :

UMNO Twitter

[myPARTY] right news:

{ pro-BN Bloggers }:

[ the 3rd PARTY ]

the 3RD PARTY TWITTER

Saturday, November 8, 2008

Kelab Penyokong PAS (KPP) Khusus Untuk bukan Islam

08th November Malaysiaparty 's [NOW] News of Week
(picked from Malaysiakini.com) : http://malaysiakini.com/news/92431


Kelab Penyokong Muda PAS dilancar 15 Nov
Nov 4, 08 4:23pm

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menubuhkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) ekoran sokongan dan kepercayaan rakyat, khususnya anak muda pelbagai kaum, terhadap parti itu dalam pilihanraya umum yang lalu.

Kelab tersebut akan dilancarkan oleh Ketua DPP, Salahuddin Ayub, yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, pada 15 November ini bertempat di pejabat agung PAS di ibunegara.

Pengerusi Lanjah Perpaduan Nasional (LPN) DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, inisiatif penubuhan kelab tersebut adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

Menurutnya, Kelab Penyokong PAS (KPP) telah ditubuhkan, tetapi pada masa yang sama, wujud kehendak dari kalangan golongan muda bukan Islam untuk terlibat aktif secara langsung bersama PAS dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, khususnya bukan Islam.

"Setelah PAS berjaya melancarkan KPP pada tahun 2004 dan kini keahliannya sudah pun mencecah 18,000 orang, maka DPPP mengambil inisiatif untuk membentuk KPMP yang akan lebih cenderung ke arah aktiviti yang berbentuk pemudaaan.

"KPP sedia ada dilihat lebih dianggotai oleh golongan dewasa serta aktivitinya tidak banyak menjurus kepada golongan muda," kata Khairul Faizi dalam satu kenyataan hari ini.

'Himpunan Anak Muda'
Menurutnya, majlis perasmian tersebut akan diserikan dengan beberapa acara seperti persembahan kumpulan anak muda dari KPMP, pelancaran misi dan visi KPMP, penyerahan borang keahlian KPMP dan majlis memperkenalkan jawatankuasa penaja KPMP.

Khairul Faizi berkata, KMPM juga akan ditubuhkan di peringkat negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Untuk itu, katanya, LPN akan bergerak ke seluruh negara untuk melancarkan KPMP di peringkat negeri, selepas pelancarannya pada 15 November depan.

Beliau berkata, kemuncak penubuhan KPMP akan diadakan pada bulan Mei 2009.

Khairul Faizi berkata ia merupakan satu himpunan Anak Muda KPMP yang akan menghimpunkan kesemua jawatankuasa penaja yang telah berjaya ditubuhkan di peringkat pusat dan negeri-negeri.

"Himpunan Anak Muda KPMP telah dipersetujui untuk diadakan di sekitar Lembah Klang," katanya
(above all picked from Malaysiakini - Malay version at http://malaysiakini.com/news/92431)

1 comment:

KITAS said...

macam itulah pas, setelah menang pilihanraya tunjuk belang depa,pas kena ingat banyak tempat yg depa menang byk pengundi cina dan india yg mengundi utk mereka. pengundi cina dan india yg banyak membantu di negeri perak, selangor dan kedah kerana mereka tidak suka umno seperti undi protes,tapi amat mengecewakan apabila menang mereka mcm umno juga sensatif sgt dgn ketuanan melayu dan hak melayu.ini nak tubuhkan kelab penyokong pas tak gunanya kalau dalam hati itu dah ada fanatik perkauman yg teruk...