**冬至团圆** *HAPPY REUNION DAY*

**冬至团圆**  *HAPPY REUNION DAY*
*HAPPY REUNION DAY*
Malaysia party
Party Gerakan Rakyat Malaysia :
* sub party of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ PGRM } :

Malaysia party
Malaysian Indian Congress :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MIC } :

MIC TWITTER

Malaysia party
Malaysian Chinese Association :
* Dominant party and co-founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ MCA } :

MCA Twitter

Malaysia party
United Malays National Organisation :
* Dominant party and founder of the Barisan Nasional (Ruling Alliance for Federal Government)

{ UMNO } :

UMNO Twitter

[myPARTY] right news:

{ pro-BN Bloggers }:

[ the 3rd PARTY ]

the 3RD PARTY TWITTER

Friday, May 8, 2009

KJ view on Perak Democracy Battlefield

08th May Malaysiaparty 's pick of to-day
(picked from YB Khairy Jamaluddin 's blog)
at http://www.rembau.net.my/news_list.asp?uid=454

Perak: Tragedi Demokrasi Terhalang
May 07, 2009

Babak-babak yang berlaku di dalam dan luar Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari ini sudah pasti mengecewakan semua yang menghormati sistem demokrasi dan Institusi Raja-raja Melayu di Malaysia. Tidak cukup dengan memperlekehkan sistem politik kita sewaktu menjalankan sidang Dewan Undangan Negeri di bawah sebatang pokok, kini ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat tergamak melakukan aksi kacau bilau gara-gara ingkar menerima titah Tuanku Sultan, pengadilan Mahkamah Persekutuan mahupun arahan pihak polis.

Walaupun puas mengeluarkan amaran untuk tidak menjalankan sebarang perhimpunan atau menggagalkan sidang DUN, pihak polis terpaksa menahan lebih kurang 30 orang pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang enggan bersurai dari persekitaran luar DUN Perak. Aksi degil pihak Pakatan Rakyat sekali lagi membuktikan pendekatan pihak tersebut yang acap kali berkeras melakukan apa sahaja untuk memungkinkan termakbulnya objektif sempit mereka, termasuklah melanggar undang-undang.

Yang paling mengecewakan adalah budaya rimba sudah dibawa masuk pula ke dalam dewan mulia DUN Perak. Gelagat bekas Speaker Dewan V. Sivakumar cuba mengusir YAB Mentri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir dan enam Exco negerinya bercanggah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan 16 April lepas yang membatalkan penggantungan mereka. Tambahan lagi, sungguhpun Sivakumar telah diganti sebagai Speaker Dewan, beliau dengan sokongan dan bantuan fizikal ADUN-ADUN Pakatan Rakyat lain enggan mengosongkan kerusi Speaker untuk bekas ADUN Sungkai Datuk R. Ganesan yang dipilih sebagai Speaker baru. Ini merupakan sikap yang tidak mengendahkan keputusan majoriti setelah usul menggantikan Speaker dibentang dan pengundian dibuat secara sah.

Yang peliknya, aksi sebegini dikerjakan oleh pihak yang kononnya memperjuangkan sistem demokrasi daripada Barisan Nasional yang ‘rakus’. Namun, contoh tragedi hari ini dan insiden-insiden lain sebelum ini menimbulkan tanda tanya, siapakah yang sebenarnya rakus memegang kuasa? Adakah Pakatan Rakyat mengamalkan prinsip demokrasi bermusim?

Akhir sekali, mutu dan budaya sistem politik kita direndahkan dari perspektif rakyat am yang sudah jemu dengan permainan politik seperti ini. Imej negara pula diaibkan di mata dunia oleh wakil rakyat-wakil rakyat yang tampaknya lebih ingin memartabatkan sistem anarki. Besarlah harapan saya bahawa pihak Pakatan Rakyat dapat kembali akur kepada prinsip demokrasi dan Raja berperlembagaan yang menjadi tunjang politik kita, demi kesejahteraan semua.

No comments: